Wednesday, February 22, 2012

Hari Sukan Sekolah .








Tetiba pula Anis teringat ngan hari sukan sekolah .Tengok status junior , banyak cerita pasal sukan sekolah .  Ada juga siap ngan gambar sekali , lengkap la untuk menunjukkan junior-junior sentiasa update perkembangan  dorang di sekolah . Ahh , rindunya sekolah .





Ada empat jenis pelajar bila sukan sekolah menjelang tiba .



Jenis pertama , 
pelajar yang excited bebenor . Maklumlah , memang aktif dan cergas , Suka bersukan . Mereka ni selalu dapat tempat dalam mana-mana acara . Masa-masa nilah golongan pelajar menonjolkan diri mereka . Hari sukan adalah hari terindah buat mereka . They ruled the day !



Jenis Kedua , 
pelajar yang menganggap hari sukan sekolah adalah sesuatu yang merugikan masa mereka  . Golongan pelajar ni selalu berkata , “ what the heck ? Aku nak study la weii ! Sukan tak masuk exam poon ! “ . Yep . Golongan ni SEMEMANGNYA tidak mengambil apa-apa acara pun , sebab mereka ni jenis 24/7 dengan buku . Mereka akui mereka tidak pandai dalam sukan , tetapi dalam akademik merekalah yang merangkul segala anugerah . Sehinggakan , pada hari sukan berlangsung  mereka tetap membawa buku ke hulur ke hilir . Masa itu emas la bro .. Mesti tu jawapan yang terpacul dari mulut mereka .



Jenis ketiga , 
mereka yang  menganggap hari sukan adalah hari paling malang , paling keji , paling menderita buat mereka . Golongan pelajar ni terdiri dari mereka yang memang tak reti bersukan ,  dan tak punya keyakinan dalam bersukan , yakni yang bertubuh sangat halus dan bertubuh sangat ‘sihat’ . Yang bertubuh halus tidak berani nak lontar peluru , manakala yang bertubuh ‘sihat’ pula tidak berani  berlumba lari .




Jenis keempat , 
mereka yang tidak ada perasaan tentang hari sukan . “Sukan pun sukanlah .. lantak engko lah .. “ , begitulah kata-kata mereka yang sentiasa selamba dan tidak pedulikan persekitaran mereka . Selalunya golongan pelajar ni menjadi penonton sahaja . Mereka ni tak kisah nak hadirkan diri atau tidak masa hari sukan . Mereka buat selamba jeee .. Kalau cikgu kat sekolah membuat pantauan kehadiran , barulah mereka memaksakan diri mereka menghadirkan diri ke hari sukan .




Jadi , korang jenis pelajar yang mana satu ?
Bagi Anis , hari sukanlah satu-satunya hari yang memperlihatkan keupayaan dan kehebatan pelajar-pelajar dalam sukan . Adakalanya pelajar tu tak menonjol dalam akademik , tapi pada hari sukan , dialah menjadi bintang pada hari itu . Kagum Anis lihat perbezaan keupayaan pelajar-pelajar . Ada yang terer dalam akademik , tapi apabila  bersukan mereka angkat bendera putih awal-awal . Allah itu Maha Adil kan ? Dia beri peluang kepada hambaNya yang lebih dalam bersukan menonjolkan dirinya pada hari sukan sekolah , dan hambaNya yang lebih dalam akademik menonjol pada hari anugerah kecermelangan pelajar .




Anis bukanlah jenis yang aktif bersukan , sekadar BOLEH bersukan sahaja . Setakat wakilkan rumah pasukan Anis je la dalam acara lari . Setiap tahun mesti dapat acara lari , padahal Anis takdalah laju sangat pun .Entah camana cikgu pilih Anis ambil bahagian dalam acara lari . Kekuatan Anis lebih kepada stamina jadi Anis lebih suka ambil bahagian dalam acara 400m , 4x400m dan 1800m . Kalau ambil acara 100m , emmm .. komfem Anis tertinggal . Anis kurang dari segi kelajuan ni .




Jom imbas semula kenangan hari sukan tahun lepas ..





Entah camana , Anis tak perasan pun . Boleh pula Anis dapat no.9 dalam merentas desa tahun lepas. Ehh ? Terkejut gila bila sampai ke check point terakhir tu . Patutlah sepanjang merentas , tak ramai pelajar perempuan . Ada pun jauh di belakang . Tapi Anis betul-betul tak sangka dapat tempat juga dalam acara tu . Alhamdulillah , dapat juga sumbangkan medal untuk rumah pasukan Hijau . Hijau is the awesomeness team ever !


Jue-Jue , Anis & Naddu . 





Rutin setiap tahun , Anis suka dan relanya join unit kecemasan untuk hari sukan sekolah . Sajalah join-kan diri . Sayanglah kan jadi ahli St.John Ambulance tapi tak pernah ceburkan diri dalam unit kecemasa pun . At least ada juga markah kokurikulum untuk penglibatan kategori Unit Beruniform .




 Pe-pe pun , 
hari sukan sekolah tahun lepas merupakan satu kenangan terindah buat Anis sebagai pelajar tahun terakhir di SMK LIKAS . Alhamdulillah , biarpun Anis hanya sumbangkan 1 emas dalam acara 400m dan saguhati untuk merentas desa , rumah Hijau akhirnya kembali merangkul tempat JOHAN setelah beberapa tahun asyik NAIB JOHAN jee ..Tak sangka , tahun terakhir Anis dalam rumah hijau adalah satu kenangan terindah .


Berebut-rebut nak bergambar . Kebanyakkan dalam gambar ni pelajar tahun akhir . Anis ada , tapi tersembunyi di belakang , haha . Sedih kena tolak-tolak . 





Rindunya kenangan hari sukan . Agak-agaknya camana pula tahun ni ? Rumah Hijau masih bolehkah pertahan KEJUARAAN itu ? Wallahualam . 






Go-Go Adik-Adik Junior Rumah Hijau ! 












No comments: